Meh JAna PeNdapataN.

Buat duit lumayan, tanpa modal, HANYA Loggin di FACEBOOK ataupun TWITTER! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]
Ruangan Iklan


Tapak Perkhemahan & Kem Motivasi - BERHULU CAMP

Oleh: Apit Pemalu | Labels: , , | Date: 1/21/11 | 0 KoMEn

Ruangan Iklan
Meseg daripado Berhulu Camp Bebunyi:-

Name:Berhulu Camp
Email:berhulucamp@gmail.com
Subject:Berhulu Camp Jempol
Message:Salam Cikgu,

Berhulu Camp ada menawarkan Tapak perkhemahan dan Motivasi di Jeram Serting Ulu Jempol NS. Sekiranya berminat mengadakan program-program pelajar seperti perkhemahan, kem motivasi, kem kepimpinan dan sebagainya bolehlah lawati lawati laman web kami http://www.berhulucamp.blogspot.com .
Pakej pelajar dengan harga promosi sedang berlangsung. Semoga kita dapat bertemu. Terima kasih Cikgu..
____________________________________________________________________________

MR.M: - Timo Kaseh Kepado ADmin Berhulu Camp kerana sudi Berkongsi maklumat dengan kami semua..
Bagi mereka diluar sana yang ingin mencari tapak perkemahan, boleh la menghubungi pihak Berhulu Camp untuk mendapat keterangan dengan Lebih Lanjut.. Ataupun Melayari Laman web ini di berhulucamp.blogspot.com untuk mendapat infomasi yang benar ataupun anda  buleh mendapatkan sedikit gambaran di laman  anugerahremajaperdana.blogspot.com.

Pusat Latihan dan Rekreasi Berhulu Camp terlotak di Jeram Serting Ulu Jempol Negeri Sembilan.
Den Dulu Ponah Mandi kek sini, sojuk gilezz aiiir eh.. ggrrrr... Tapi tu dulu.. Kalau sekarang mesti banyak yang dah brubah.. mungkin lagi sojoookk.. hahai.. Memang Mengasyikan..

Suasana kampung yang aman damai ditambah pula dengan pemandangan unik rumah tradisi masyarakat Minangkabau di sepanjang jalan, pastinya menambat hati sesiapa yang mengunjungi Hutan Lipur Serting Ulu, dekat sini. Dengan kedudukannya kira-kira 20 kilometer dari pekan Bahau, dekat sini, hutan lipur itu menjanjikan pengalaman luar biasa kepada sesiapa yang pertama kali menjelajah dalam alam flora dan faunanya.
Mengikut fakta sejarahnya, kawasan itu mula dimajukan pada tahun 1986 selepas ia ditemui hampir 100 tahun lalu oleh penjajah British dan sejak itu ia mula menjadi tarikan kepada pengunjung dalam dan luar negeri.
Jalan masuk sejauh dua kilometer ke hutan lipur itu agak sempit dan kadangkala kereta yang dipandu terpaksa berhenti di bahu jalan bagi memberi laluan kepada kenderaan dari arah bertentangan.
Apa pun, mata anda pastinya terarah pada pandangan sekumpulan kerbau yang sedang berendam di dalam lumpur atau gelagat monyet dan burung bermain-main di atas pokok.
Selepas melalui kawasan kampung yang permai, para pengunjung akan melihat satu kawasan hutan yang dijaga rapi dan di tengahnya mengalir air sungai pergunungan yang jernih.
Bagaimanapun, apabila pertama kali menjejak kaki di sini, pasti mata anda akan tertumpu pada satu papan tanda yang melarang pengunjung membawa makanan yang tidak halal.
Berdasarkan penceritaan orang lama di situ, terdapat satu perkampungan orang bunian berhampiran hutan lipur itu dan bagi menghormati mereka, hanya makanan halal dibenarkan dibawa masuk.
Sekiranya pantang larang tersebut dilanggar, dikhuatiri menyebabkan masyarakat bunian marah dan ‘mengganggu’ pengunjung.
Apa yang menarik, lokasi tersebut juga pernah menjadi lokasi pertempuran Perang Dunia Kedua.
Malah masih kelihatan beberapa lubang sedalam hampir semeter yang dikatakan kesan bom di kawasan tersebut.
Di sini juga terdapat jambatan gantung sepanjang 100 meter yang menghubungkan dua buah bukit dan di pengunjungnya boleh menyaksikan pemandangan hutan dengan lebih jelas.
Di bawah jambatan gantung itu anda boleh melihat air sungai yang mengalir dan menyaksikan pemandangan hutan lipur tersebut dari pandangan atas.
Hutan lipur itu juga kaya dengan pelbagai spesies pokok hutan malah ia turut dilabelkan sebagai salah satu cara pembelajaran tidak formal.
Walaupun sungai yang mengalir agak kecil dan cetek, pengunjung boleh mandi di satu kawasan kolam yang sengaja dibina untuk kemudahan pengunjung.
Bagi memudahkan pengunjung, terdapat deretan kedai yang menjual pelbagai makanan dan minuman serta cenderamata untuk dibawa pulang.

Peta Lokasi:- Klik sini

Kepado Pihak Berhulu Camp, Deni bukan Cikgu, Den ni orang bawahan... rakyat biaso.. ehe..


No comments:

Post a Comment

Anda bolehlah memberi sebarang komen,menghantar berita dan apa2 jua maklumat pun.Sekiranya anda tiada akaun blogger dan Email. Anda juga boleh menghantar komen kepada kami dengan tick kan pada "Anonymous"

 
2009 - 2013 Mr.M Corp. All rights reserved | Powered By: Blogger | Design By: Ein AND Mr.M | Best View: Firefox / IE8 | Resolution: 1440x900px